Rahsia Amalan Senaman


Assalamualaikum wrmtbh. dan salam sejahtera kepada semua.
Sebagai penceramah senaman dalam ilmu persilatan Melayu warisan Daulat Pagar Ruyung, adalah menjadi harapan saya semoga adab dan adat istiadat kerabat Diraja Melayu kekal seiringan dengan perkembangan serta perjuangan agama Islam hingga akhir zaman kini.

Demi maruah kita berbilang bangsa dengan kebudayaan yang tersendiri maka izinkan saya untuk mempertontonkan serta mempamerkan suatu kebangkitan naluri zahir dan batin yang ada pada setiap insani yang yakin sesungguhnya kewujudan Tuhan yang satu lagi Maha segalaNya, di tujuh petala alam dan tujuh petala langit. Yakni bahawasanya kehidupan kita ini sememangnya sementara sahaja.

Maka berilmulah kita akan warisan yang bukan calang-calang hulubalang semenjak kurun kedatangan Wali Solo dan Wali Songo mahupun zaman kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka lagi.

Bukakan hati serta akal untuk beroleh keyakinan, kewibawaan, kebolehan serta kepercayaan akan kewujudan luaran dan dalaman diri boleh dimanfaatkan sepenuhnya untuk keimanan, ketaqwaan serta kesyurkuran kita kepada Tuhan yang satu lagi Maha segalaNya. Matlamatnya adalah untuk kesihatan jasmani bersifat penyayang, kedamaian sesama manusia sejagat dan kemajuan bangsa yang setanding dengan ketamadunan terulung bangsa lain di alam ini.

Syukur alhamdulilah saya telah dilahirkan lalu diamanahkan menurunkan ilmu yang seadanya.

Terima kasih selasih delima.